2024-06-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
JEDDAH,26 Jun- Umat Islam di seluruh dunia perlu terus bersatu dalam mempertahankan kepentingan bersama dan ianya merupakan sesuatu yang 'makruf' sebagaimana yang dituntut oleh agama.
Pemangku Raja Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah salah satu aspek yang menunjukkan elemen perpaduan adalah kesanggupan untuk melakukan pengorbanan dengan mengutamakan kepentingan ramai berbanding kepentingan peribadi.
Pada kesempatan yang sama,baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh jemaah haji yang berjaya menunaikan haji dengan lengkap,yang mana pada masa ini ramai jemaah haji yang telah mula bergerak pulang ke negara masing-masing termasuk sebahagian jemaah haji Malaysia.
Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berdoa agar segala amal ibadah diterima oleh Allah.
Demikian titah baginda menurut kenyataan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan menyerahkan Sumbangan Ibnu Sabil MAIPs kepada Pejabat Lembaga Tabung Haji di Jeddah.
Sumbangan tersebut diserahkan kepada Ketua Rombongan Haji Malaysia,Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman di Hotel Rayhan Rotana Mekah,sebelum baginda berangkat meninggalkan kota Mekah.
Baginda diiringi sama Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda-anakanda iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail,Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail serta Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur