2024-06-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Luar Negeri,Datuk Mohamad Alamin
KUALA LUMPUR,27 Jun- Malaysia konsisten menyatakan pendirian menyokong Palestin mendapat keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Timbalan Menteri Luar Negeri,Datuk Mohamad Alamin berkata platform perbincangan di peringkat antarabangsa akan diguna sebagai medium penyaluran sokongan bagi memastikan Palestin menyertai badan dunia itu.
Beliau menyifatkan Palestin layak menerima status berkenaan kerana negara itu secara konsisten menunjukkan komitmen terhadap keamanan,meskipun Israel berterusan dengan pendudukan yang kejam dan penindasan terhadap rakyat Palestin.
"Kemudian,saya telah suarakan juga pada Mesyuarat Tergempar Mengenai Palestin di Jeddah pada 5 Mac 2024 yang lalu,bahawa penting Palestin itu diterima sebagai anggota tetap PBB.
"Alhamdulillah,melalui satu resolusi yang diluluskan semasa Sesi Kecemasan Khas ke-10 pada Perhimpunan Agung PBB pada 10 Mei tahun ini,bahawa resolusi itu telah disokong oleh 143 buah negara menyokong,9 negara menentang,25 negara berkecuali.
"Jadi harapan kita ialah kita akan meneruskan suara kita di platform antarabangsa supaya akhirnya Palestin diterima sebagai anggota tetap PBB",katanya dalam sesi Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur