2024-06-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
KUALA LUMPUR,27 Jun- Sebanyak 120 program Sarjana Perubatan ditawarkan oleh sembilan institusi pendidikan tempatan pada masa ini.
Manakala,terdapat 14 bidang kepakaran yang dikendalikan Latihan Kepakaran Laluan Parallel (parallel pathway).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan,pada masa ini 6,933 Pegawai Perubatan yang mendapat tajaan untuk menjalani latihan Kepakaran Perubatan.
Daripada jumlah itu 6,142 Pegawai Perubatan menjalani Program Perubatan Sarjana,manakala selebihnya menjalani Latihan Kepakaran Laluan Parallel.
"Berkaitan dengan bidang pembedahan kardiotorasik,kelayakan yang digunakan Latihan Kepakaran Laluan Parallel adalah The Fellowship of Royal College Surgeons of Edinburgh in Cardiothoracic Surgery yang dianugerahkan oleh Royal College Surgeons of Edinburgh.
"Tempoh latihan bagi program ini adalah enam tahun latihan dan lima tahun dalam negara dan satu tahun di luar negara dengan latihan klinikal dijalankan secara kombinasi di pusat-pusat jantung di Kementrian Kesihatan dan juga institusi jantung negara serta latihan sangkutan di luar negara iaitu United Kingdom",katanya dalam sesi Dewan Rakyat.
Tambahnya,2,672 lagi Pegawai Perubatan sedang menjalani latihan kepakaran laluan parallel tanpa tajaan.
Sementara itu,isu mengenai pendaftaran doktor perubatan yang mendapat kelayakan kepakaran melalui laluan paralel (parallel pathway) dan program Sarjana Perubatan bakal diselesaikan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50).
Dr Zulkefley berkata ia bakal dibentangkan pada akhir minggu ketiga dan dibahaskan di akhir minggu keempat pada Persidangan Dewan Rakyat,Julai ini.
"Saya memahami bahawa polemik ini terbelah antara dua pihak,tetapi saya sebagai menteri tetap akan mengambil pendirian yang neutral sehinggalah ke saat ini dimana draf yang telah dibuat pindaan Akta Perubatan Akta 50 itu telah sampai ke satu peringkat dimana libat urus dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC),libat urus dengan MME,libat urus dengan Majlis Dekan Perubatan dan juga hampir semua",katanya.
"... dan kita dalam proses telah pun saya serahkan,telah diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk pindaan ini dibuat,maka draf itu telah kita siapkan dan diberikan kepada Peguam Negara.
Beliau memaklumkan perkara tersebut dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri bagi menjawab soalan dibangkitkan Wakil Kuala Langat Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur