2024-06-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar
KUALA LUMPUR,28 Jun- Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama mengambil serius dakwaan seorang pempengaruh yang menuduh sistem pertahanan negara akan dikuasai oleh pihak asing kesan urusniaga membabitkan pelaburan syarikat Blackrock.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata,dakwaan itu menyeleweng dari fakta sebenar sebagaimana penjelasan terperinci oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen yang menyatakan pelaburan tersebut tidak mempengaruhi aspek pemilikan dan pengurusan lapangan terbang dan pertahanan negara.
"Sehubungan itu,saya ingin menyeru agar umat Islam tidak terpengaruh dengan dakwaan pempengaruh tersebut yang jelas tidak bersandarkan fakta sebenar.
"Oleh itu,saya mengajak umat Islam di Malaysia untuk mengambil tindakan 'tabayyun' iaitu menyelidik danmendalami kesahihan sesuatu dakwaan dan berita dalam isu membabitkan kepentingan negara," katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa sama umat Islam juga perlu berhati-hati dengan pelbagai usaha segelintir individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba mewujudkan rasa takut dan memberi ancaman khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia menggunakan sumber berunsur fitnah dan tidak sahih.
Bagaimanapun Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) teguh dengan pendirian bahawa kerajaan Malaysia kekal bersolidariti bersama-sama perjuangan rakyat Palestin yang diancam kekejaman rezjim zionis Israel.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur