2024-06-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL BERNAMA
KULAI,30 Jun- Kementerian Komunikasi melahirkan rasa kecewa terhadap kontraktor pelaksana projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang masih belum siap sepenuhnya.
Sehingga kini,kemajuan projek tersebut hanya 20 peratus,berbanding perancangan awal sepatutnya siap,dua tahun lalu.
Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching berkata,pihaknya sedang mengkaji kaedah dan teknologi baharu,dalam menggerakkan projek secara lebih efektif.
Ia termasuk mengambil tindakan terhadap pihak pelaksana,atas kelewatan yang ketara.
"Sekarang semua bawah EOT (tempoh lanjutan masa). Jadi itu pun kami rasa,tida puas hati kerana sepetutnya telah siap 2022 tetapi sampai sekarang masih ada yang tidak siap lagi.
"Jadi sebab itu,kami selalu pergi kawasan yang lewat untuk pastikan bahawa kontraktor beri keutamaan. Kalau tidak kami akan denda mereka atau kita kaji semula kontrak tersebut,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika pada sidang media Program Sumbangan Murid Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai.
JENDELA dilancarkan pada September 2020 bermatlamat mewujudkan sambungan digital yang mantap dan mampu milik dengan liputan jalur lebar berkualiti serta menyediakan akses internet merentasi semua lapisan masyarakat di seluruh pelusuk negara.
Inisiatif fasa satu bermula 2020 hingga 2022 sudah mencapai sasaran awal iaitu capaian ke 7.74 juta premis,liputan 4G mencapai 96.9 peratus kawasan berpenduduk dan kelajuan jalur lebar 116.03 Mbps.
Teo Nie Ching padaProgram Sumbangan Murid Cemerlang SPM 2023 di Pejabat Pendidikan Daerah KulaiMembina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur