2024-06-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik Dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi,Nik Kamaruzaman Nik Husin
KOTA BHARU,30 Jun- Kementerian Komunikasi komited untuk terus membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya proses bagi setiap pilihan raya yang diadakan dapat dilaksanakan dengan baik.
Justeru,kesemua agensi di bawah kementerian tersebut akan dipastikan dapat memainkan peranan sebaiknya dalam pelbagai aspek.
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik Dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi,Nik Kamaruzaman Nik Husin,itu termasuk memastikan capaian jalur lebar berada pada tahap terbaik selain bentuk pelaporan,hebahan dan kempen kesedaran berkaitan proses pengundian dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
"Seperti biasa,kita akan melaksanakan kempen untuk keluar mengundi dan kita juga akan membantu pihak SPR."
"Perkara tersebut memang menjadi tugas kerajaan dalam memastikan keterhubungan dalam kalangan rakyat itu pada tahap yang baik," kata Nik Kamaruzaman kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Jiwa Komuniti MADANI Parlimen Ketereh di Melor,di sini.
Hadir sama,Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan,Erwin Khairul Ahmad dan Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Kemiskinan Kelantan,Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad.
Sementara itu,mengenai Program Jiwa Komuniti MADANI,Nik Kamaruzaman berkata ia dianjurkan bagi menyantuni masyarakat setempat dalam suasana yang santai.
Pada masa sama,penganjuran program merupakan platform untuk menguar-uarkan maklumat,dasar dan inisiatif kerajaan serta saluran untuk menyampaikan mesej kenegaraan serta perkhidmatan berteraskan konsep Malaysia MADANI.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur