2024-06-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Anwar menerima Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati daripada Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin
ALOR SETAR,30 Jun- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai penerima Darjah-darjah dan Bintang-bintang Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah,Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ke-82,hari ini.
Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-darjah serta Bintang-bintang Kebesaran diadakan di Balairung Seri Besar,Istana Anak Bukit,Alor Setar,Kedah,pagi tadi.
Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin perkenan menganugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.S.K.) yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja kepada Datuk Seri Anwar.
Sementara itu,Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM),Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman menerima Darjah Dato' Seri Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.P.K.) yang membawa gelaran Dato' Seri Pahlawan.
Pada istiadat tersebut,seramai tiga individu menerima Darjah Gemilang Wira Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (D.G.W.K) yang membawa gelaran Dato' Wira iaitu Pegawai Kewangan Negeri Kedah,Datuk Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Panglima Tentera Darat,Jeneral Tan Sri' Muhammad Hafizuddeain Jantan; dan Ketua Pengarah Kesihatan,Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Exco Kerajaan Negeri,Mohd Azam Abd Samat antara dua individu yang menerima Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (D.S.S.S.) yang membawa gelaran Datuk.
Sembilan individu menerima Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Datuk.
Antaranya,Pengerusi Majlis Guru Pondok (HESA) Kedah,Tuan Guru Abdullah Lebai Samah dan Naib Canselor UUM,Profesor Dr. Mohd Foad Sakdan.
Ketua Polis Kedah,CP Dato' Fisol Salleh pula antara empat individu yang menerima Darjah Dato' Setia Pahlawan (D.D.S.P) yang membawa gelaran Datuk.
Sementara itu,13 individu menerima Setia Diraja Kedah (S.D.K).
Turut berangkat,Sultanah Kedah,Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff; Raja Muda Kedah,Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin; dan Raja Puan Muda Kedah,Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.
Berangkat sama,Tunku Mahkota Kedah,Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah,Che Puan Nur Julie Ariff.
Hadir sama,isteri Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; dan Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur