2024-06-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
PORT DICKSON,30 Jun- Seramai 33 peniaga telah berdaftar menerusi platform Cashless Society di Negeri Sembilan sehingga Jun 2024.
MenurutExco Warisan,Teknologi. Inovasi dan Digital Negeri Sembilan,Datuk Mohd Faizal Ramli,sehingga 23 Jun lalu,seramai1,477 pelawat telah hadir ke program tersebut melibatkan 33 peniaga dan911 transaksi urusan tanpa tunai.
"Sekarang ini,kita akan bekerjasama dengan NADI dan juga dengan penyedia operator kewangan untuk bersama-sama turun. Saya sudah bincang dengan FAMA,kita akan guna pertanian PBT untuk menggalakkan serta menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai ini.
"Dari semasa ke semasa,kita akan beri maklumat dan penerangan untuk memberi pemahaman kepada peniaga supaya berubah daripada konsep tunai kepada digital," kata Datuk Mohd Faizal kepada pemberita,hari ini.
Beliau berkata demikian pada program Masyarakat Tanpa Tunai (Cashless Society),Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 di NADI Kampung Si Rusa Port Dickson.
Tambahnya,program Cashless@NADI sedang dilaksanakan di 13 lokasi di Negeri Sembilan yang menumpukan keperluan bagi peniaga di peringkat mikro dan kecil.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur