2024-06-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO MATRADE
KUALA LUMPUR,30 Jun- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan program Hari Eksport 2024 di enam lokasi iaitu Melaka,Pulau Pinang,Kuala Lumpur,Sarawak,Perak dan Selangor bermula Julai ini.
MATRADE,menerusi kenyataannya memaklumkan dalam masa terdekat,acara berkenaan akan berlangsung di MITC Ayer Keroh,Melaka pada 2 hingga 3 Julai dan Hotel Olive Green,Pulau Pinang pada 22 hingga 23 Julai.
Sehingga kini,lebih 73 peserta daripada 45 syarikat perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) telah berdaftar untuk menyertai Hari Eksport Melaka 2024,kata MATRADE.
Menurut kenyataan itu,program itu adalah antara platform bagi PMKS di Malaysia untuk mendapatkan maklumat praktikal berkenaan panduan asas mengeksport daripada agensi dan badan penggalakan eksport kerajaan dan swasta.
Selain itu,PMKS juga akan didedahkan kepada bantuan yang diberikan oleh kerajaan serta perkhidmatan kepada usahawan oleh pelbagai pemain dalam ekosistem eksport negara untuk memulakan langkah mengeksport,katanya.
Hari Eksport 2024 adalah program pembangunan pengeksport tahunan MATRADE yang diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan rakan strategik agensi berkenaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur