2024-06-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA
NIBONG TEBAL,30 Jun- Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memperkasa Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) bagi memberi perlindungan sewajarnya khusus kepada golongan sasar termasuk kanak-kanak dan wanita.
Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri berkata pemerkasaan tersebut melibatkan ketua-ketua komuniti,Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di setiap daerah.
Nancy berkata,CBO turut menjadi mata dan telinga kementeriannya.
Selain menjadi usaha terbaharu untuk membendung peningkatan kes-kes penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga dalam komuniti.
"Kadang-kadang kita dapat melihat aduan adalah datang daripada komuniti setempat kerana ia menunjukkan kejayaan daripada segi apa yang telah kita menguar-uarkan kepada masyarakat dan kita tidak akan berhenti.
"Ini usaha berterusan,kita menumpukan di daerah,di kampung kerana kalau berlaku sesuatu di satu-satu tempat,ketua masyarakat di kampung itu seharusnya tahu bertindak,memang itu tugas mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra di Dewan JKK Sungai Kechil Nibong Tebal,Pulau Pinang.
Dalam pada itu,Nancy berkata peranan wanita mampu menjadi ukuran kepada kemenangan calon dalam sesebuah Pilihan Raya.
Malah tambahnya,calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap,Dr Joohari Ariffin turut dibantu jentera wanita dalam menggerakan kempen bagi menyampaikan dasar serta perkhidmatan kerajaan dengan lebih baik.
"Sebenarnya wanita ini memainkan peranan begitu kritikal sekali untuk apa sahaja,terutama sekali dalam memenangi satu-satu pilihan raya.
"..Kalau mereka pergi berkempen boleh masuk ke pintu dapur kerana begitu mesra sekali..kalau orang mengandung dia boleh pegang perut berapa bulan..orang lelaki tidak boleh,jadi ini yang menjadikan kemesraan kaum wanita boleh mewujudkan dan mereka boleh membantu memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang kerajaan beri," kata Nancy.
Pada program tersebut beliau menyerahkan kelulusan bantuan kewangan Bantuan Pesakit Terlantar (BPT) serta menyertai sukarelawan Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) bagi menyantuni beberapa penduduk yang juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur