2024-06-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA SELANGOR,30 Jun- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpendirian isuSindrom Kejutan ToksikStreptococcal (STSS) yang melanda Jepun kini tidak membahayakan kesihatan awam di negara ini.
Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata setakat ini Malaysia berpendirian ia tidak berisiko berikutan masih tiada sebarang maklumat atau perkembangan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Ianya belum ada apa-apa perkembangan dan kemas kini.. dan saya mengambil sikap ia bukan satu cabaran atau 'not the public health hazards' dalam konteks saat ini," katanya selepas Majlis Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Selangor2024 di Dewan Dato’ Penggawa Permatang di sini.
Maklumat terbabit penting supaya Malaysia dapat membuat persediaan serta mengambil langkah sewajarnya.
Terdahulu,Institut Penyakit Berjangkit Nasional (NIID) melaporkan Jepun mencatat lebih 1,000 kes STSS pada tahun ini.
Menurut data NIID,setakat 9 Jun lalu,jumlah kes awal mencecah 1,019,menandakan peningkatan ketara dalam penyebaran jangkitan bakteria itu berbanding tahun sebelumnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur