2024-07-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,12 Julai- Usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 diluluskan selepas dibahaskan 52 Ahli Parlimen dan digulung oleh 14 kementerian dalam Persidangan Dewan Rakyat pada minggu ketiga.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang mencadangkan usul itu berkata,kerajaan memandang serius isu dibangkitkan seterusnya mengambil tindakan penambahbaikan dan pencegahan bagi mengelakkan kelemahan pada masa hadapan.
Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024,Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 turut diluluskan.
Sementara itu,Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 yang sepatutnya diputuskan telah ditangguhkan dan akan dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan untuk panelitian lanjut.
Cadangan penangguhan itu dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail setelah meneliti pandangan ahli parlimen.
Perkara itu bagi memastikan rang undang-undang berkenaan menjadi akta terbaik apabila diluluskan.
Sidang Dewan Rakyat semalam turut kecoh apabila ahli parlimen kerajaan dan pembangkang bercanggah pendapat berhubung keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang tidak mengosongkan kerusi enam ahli parlimen yang juga bekas ahli Bersatu.
Ketika memberikan penjelasan terhadap perkara berkenaan,Johari menegaskan perkara berkenaan telah dikaji dan beliau kekal dengan keputusan yang dimaklumkan itu melalui surat kepada Ketua Whip Bersatu yang juga Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee bertarikh 9 Julai lepas.
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai depan.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur