2024-07-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri KPKT,Nga Kor Ming
PUTRAJAYA,12 Julai- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengalu-alukan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan audit terhadap mana-mana jabatan dan agensi di bawah kementerian itu bagi memastikan prinsip integriti dipatuhi.
Menterinya Nga Kor Ming dalam kenyataan hari ini berkata ia antara perkara yang dinyatakan kepada Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi ketika sesi kunjungan beliau ke pejabat Nga di Putrajaya semalam.
Dalam sesi perbincangan itu,Nga menegaskan komitmen KPKT terhadap tatakelola yang baik,pengurusan perbelanjaan berhemah serta pelaksanaan dasar berkesan.
Untuk rekod,KPKT telah diiktiraf sebagai kementerian bertaraf platinum oleh My Government Performance Index (MyGPI) yang mengutamakan tatakelola cemerlang.
Menurut Nga,impak pembaharuan yang diterajui oleh Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibuktikan semasa sesi Dewan Rakyat kali ini.
“Buat kali pertama,Parlimen ada sesi soal jawab Perdana Menteri (PMQT),laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah berjaya dibentang dan dibahas oleh 71 Ahli Parlimen serta digulung oleh 17 orang menteri selama tiga hari dalam Dewan Rakyat.
“Tambahan pula,laporan Ketua Audit Negara buat kali pertama dalam sejarah juga dibahas oleh 53 orang Ahli Parlimen serta digulung oleh 17 menteri selama dua hari dalam Dewan Rakyat,” katanya menambah kedua-dua amalan reformasi itu mencerminkan komitmen kerajaan yang telus dan menjunjung prinsip akauntabiliti.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur