2024-07-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
PUTRAJAYA,12 Julai -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 'diserbu' sekumpulan murid sekolah ketika sedang menikmati makan tengah hari di gerai An-Najah Presint 9 di sini,sebelum menunaikan solat Jumaat.
Ketibaan Anwar di gerai itu kira-kira pukul 12.45 tengah hari disambut orang ramai terutama pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 9 (2) yang terletak berhampiran gerai berkenaan.
Kanak-kanak sekolah yang turut berada di gerai itu berpusu-pusu bersalaman dengan Perdana Menteri yang mengenakan baju Melayu berwarna biru muda.
Anwar meluangkan masa kira-kira 30 minit menikmati pelbagai juadah makan tengah hari yang turut disertai Setiausaha Koperasi An-Najah,Zainal Mohd Yusoh.
Perdana Menteri kemudian menunaikan solat Jumaat di Surau An-Najah yang terletak kira-kira 60 meter dari gerai itu bersama hampir 1,000 jemaah.
Solat Jumaat dipimpin oleh imam surau berkenaan Hazim Malim yang turut menyampaikan khutbah bertajuk "Perihal Mizan (Timbangan Akhirat)". - BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur