2024-07-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Lim Hui Ying
AYER KEROH,12 Julai- Prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aduan pengeluaran wang tidak sah akan diperketatkan.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata,ia berikutan terdapat aduan orang awam berkaitan institusi perbankan dan kewangan di negara ini yang tidak mengambil tindakan sewajarnya dalam isu pengeluaran tidak sah.
Semua institusi perbankan dan kewangan perlu mematuhi SOP dan melakukan siasatan mendalam sebelum tindakan lanjut dilaksana.
"Ini bukan satu pengumuman baru ini memang adalah satu SOP,bermaksud sekiranya ada pelanggan yang pergi membuat aduan kepada bank,maka pihak bank perlu membuktikan ia adalah kecuaian pelanggan.
"..sekiranya ia telah dilakukan tetapi wang itu masih dikeluarkan tanpa kebenaran,maka bank akan bertanggungjawab," katanya selepas merasmikan Pelancaran Trace and Recovery Operation (TRO) 2.0 (Penyata Tanpa Bayaran) Siri 2/2024.
Bagaimanapun,beliau turut meminta pengguna untuk melakukan pemeriksaan berkala baki akaun mereka,bagi memastikan tiada pengeluaran mencurigakan berlaku.
Sekiranya berlaku pengeluaran tidak sah,orang awam digesa untuk membuat laporan kepada pihak bank dengan kadar segera.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur