2024-07-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media
PUTRAJAYA,12 Julai - Kerajaan bersedia mengadakan perbincangan untuk meminda akta lompat parti iaitu Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663).
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,kelompangan yang terdapat dalam undang-undang berkenaan sedia diperbaiki.
"Dahulu memang menentang ia ramai orang tidak tahu. kita dalam Pakatan Harapan (PH) usul supaya jelaskan sesiapa sahaja yang ditolak parti secara automatik..gugur. Dia menentang keras hinggalah kita tolak ansur. Jadi undang-undang sekarang,jadi jika mahu kita bincang elok-elok dan kita pinda. Saya tidak ada masalah," kata Anwar.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat J umaat solat Jumaat di Surau An-Najah,di sini.
Terdahulu,Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menyatakan keputusan tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dibuat selepas semua perkara dikaji.
Beliau turut menegaskan untuk kekal dengan keputusan itu yang telah dimaklumkan melalui surat kepada Ketua Whip Bersatu yang juga Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee bertarikh 9 Julai lepas.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur