2024-07-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
KULIM,12 Julai- Seorang lagi mangsa yang kritikal akibat termakan keropok segera yang dipercayai dicampur dengan racun tikus,meninggal dunia.
Muhammad Luth Syauqi,2 tahun,menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang,kira-kira pukul 1.20 petang tadi.
Allahyarham Luth meninggal dunia,dua hari selepas pemergian abangnya,Muhammad Akil Syauqi di hospital sama.
Kematian mangsa disahkan Ketua Polis Daerah Kulim,Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi.
"Proses bedah siasat akan dilakukan di Hospital Pulau Pinang.Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta 611 dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan," jelas Superintenden Mohd Azizul,hari ini.
Pada 7 Julai lalu,kedua-dua mangsa dikatakan mengikut datuk mereka mencari lembu di kawasan berdekatan di Kampung Padang Ubi,Labu Besar,Kulim.
Mereka kemudian pulang semula ke rumah dengan membawa bungkusan keropok.
Ibu kanak-kanak berkenaan,Nurain Hasnorizal,25 tahun memaklumkan kedua-dua anaknya itu menggelupur seperti diserang sawan selain muntah-muntah sebelum dibawa untuk mendapatkan rawatan.
Superintenden Mohd Azizul berkata dua kanak-kanak berkenaan kritikal selepas termakan keropok segera yang mengandungi racun tikus.
Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa telah mengambil dan memakan satu peket keropok segera yang tergantung di dawai besi pagar yang mengandungi racun bagi tujuan untuk memerangkap monyet.
Jenazah Muhammad Akil Syauqi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan,Baling,pada Rabu lalu.
BERITA BERKAITAN:
Seorang kanak-kanak kritikal termakan keropok mengandungi racun tikus meninggal dunia
Ibu bapa kanak-kanak mangsa keropok beracun jalani rawatan kaunseling
Racun tikus: Polis ambil keterangan pemilik kebun,ahli keluarga mangsa
Kes keropok beracun: Pekebun direman enam hari
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur