2024-07-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Penganalisis Ekonomi,Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai
KUALA LUMPUR,11 Julai- Pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus membuktikan strategi kewangan dan ekonomi negara berada di landasan yang tepat.
Penganalisis Ekonomi,Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpandangan,kadar inflasi keseluruhan dan kadar pengangguran yang menurun menyokong kepada keputusan Bank Negara Malaysia (BNM).
"Merupakan satu yang menunjukkan bahawa dasar keseluruhan ekonomi kita sangat baik. Biasanya kadar OPR dikaitkan dengan kadar inflasi dan kadar pekerjaan. Tidak memerlukan satu tindakan untuk menaikkan kadar OPR. Kadar pengganguran menurun sedikit,merupakan satu kejayaan,"katanya.
Tambahnya,Malaysia perlu terus mengekalkan kadar inflasi dengan memastikan kecairan di pasaran tidak meningkat.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi RTM.
Hari ini,BNM memaklumkan OPR dikekalkan kepada 3.00 peratus pada mesyuarat keempat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur