2024-07-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,11 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan peserta pasaran menyaksikan penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat pada masa depan.
Menurut satu laporan berita,emas biasanya mencatatkan prestasi yang lebih baik apabila kadar faedah dijangka menurun berikutan kadar faedah yang rendah meningkatkan tarikan aset tersebut kepada pelabur dengan mengurangkan kos melepas pegangan emas.
Pada sesi penutup,kontrak bulan semerta Julai 2024 berkurangan kepada US$2,390.00 setiap auns troy daripada US$2,373.60 setiap auns troy pada Rabu.
Sementara itu,Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024,Disember 2024 dan Februari 2025,masing-masing turun kepada US$2,406.00 setiap auns troy daripada US$2,389.60 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan merosot kepada empat lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka turun kepada 13 kontrak daripada 15 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$2,384.35 setiap auns troy,berdasarkan penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 10 Julai.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur