2024-07-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,12 Julai- Ringgit meneruskan kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat,didorong prospek yang semakin meningkat bagi penurunan kadar faedah dalam keadaan data inflasi AS yang lebih rendah,kata penganalisis.
Pada 9 pagi,ringgit meningkat kepada 4.6690/6740 berbanding dolar AS daripada 4.6855/6895 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata AS mencatatkan inflasi keseluruhan dan inflasi teras yang lebih rendah daripada jangkaan,masing-masing pada 3.0 peratus dan 3.3 peratus pada Jun,berbanding jangkaan konsensus pada 3.1 peratus dan 3.4 peratus.
“Justeru,data itu mengukuhkan lagi jangkaan bagi penurunan kadar faedah di AS,yang mungkin dilaksanakan seawal September.
“Seterusnya,Indeks Dolar AS (DXY) susut sebanyak 0.58 peratus kepada 104.44 mata kerana prospek penurunan kadar telah memperoleh momentum,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata ringgit berada di landasan untuk kenaikan seterusnya walaupun sederhana hari ini.
Mohd Afzanizam berkata keputusan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus menyokong ringgit,memandangkan tindakan itu mengurangkan perbezaan kadar faedah dengan Kadar Dana Persekutuan AS.
Sementara itu,ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Unit domestik rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9343/9378 daripada 2.9003/9030 ketika ditutup pada Khamis namun,tinggi berbanding euro kepada 5.0752/0806 daripada 5.0819/0862.
Mata wang tempatan meningkat berbanding pound British kepada 6.0285/0375 daripada 6.0335/0387.
Ringgit juga diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.
Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4755/4795 daripada 3.4774/4807 ketika ditutup semalam,dan kukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 288.2/288.7 daripada 289.2/289.7.
Ringgit stabil berbanding peso Filipina kepada 8.01/8.03 daripada 8.03/8.05 ketika ditutup pada Khamis namun,rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9199/9391 daripada 12.9184/9341. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur