2024-07-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO PDRM
SEPANG,14 Julai- Mayat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam laut ketika memancing ditemukan terapung berhampiran muara Bagan Lalang di sini oleh nelayan semalam.
Ketua Polis Daerah,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP),Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata,polis menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 5.16 petang.
"Pada pukul 5.15 petang sepasukan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sepang menjalankan operasi menyelamat dan mayat mangsa ditemukan pada pukul 6.00 petang.
"Mayat mangsa ditemukan terapung berhampiran muara Bagan Lalang oleh nelayan yang melalui kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Kamarul berkata,pengesahan kematian mangsa berusia 27 tahun itu dibuat oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) pada pukul 6.20 petang.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk proses bedah siasat.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur