2024-07-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ahmad Maslan (dua kanan) ketika melawat Projek Jambatan Bailey di Kampung Permatang Sepam di Pontian hari ini
PONTIAN,14 Julai- Jambatan Bailey di Kampung Permatang Sepam,Benut,di sini Johor dijangka beroperasi mulai Rabu ini bagimenggantikan jambatan sedia ada yang mengalami kegagalan struktur.
Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan berkata,kerja-kerja pemasangan jambatan sepanjang 42 meter (m) sejak 9 Julai lalu itu akan memberi manfaat kepada 470 penduduk.
"Di Kampung Permatang Sepam ini kaedah pembinaan jambatan Bailey buat pertama kalinya dibina di sungai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan peruntukannya dikongsi kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.
"Jambatan sementara ini hanya boleh menampung beban tidak melebihi lima tan bagi menjamin keselamatannya. Papan tanda pemakluman akan dipasang di Jambatan Bailey ini apabila siap nanti,” katanya pada sidang media selepas melawat Projek Jambatan Bailey berkenaan di sini hari ini.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata,Jabatan Kerja Raya (JKR) Pontian telah mencadangkan pembinaan jambatan konkrit baharu sebagai langkah jangka masa panjang bagi memastikan tiada kegagalan struktur berulang.
"Kementerian Kerja Raya menerusi Program MYJalan komited dalam membina,menyedia dan menyelenggara infrastruktur yang selesa dan selamat kepada semua rakyat dalam dan luar bandar,” katanya.
Dalam pada itu,beliau memaklumkan,Jambatan Bailey akan dibina di sembilan negeri menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi menggantikan jambatan rosak khususnya di kawasan luar bandar sebelum jambatan kekal siap dibina.
Pembinaan jambatan itu dianggarkan melibatkan kos antara RM4 hingga RM6 juta setiap satu.
"Sembilan daripada 14 negeri dalam Malaysia telah bersetuju menggunakan peruntukan MARRIS untuk membiayai pembinaan jambatan Bailey yang akan diselenggara Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri yang terlibat," katanya.
Sembilan negeri berkenaan adalah Johor,Melaka,Negeri Sembilan,Selangor,Pahang,Perak,Terengganu,Kelantan dan Kedah.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur