2024-07-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dikelilingi dengan kawalan rapat oleh ejen Perkhidmatan Rahsia selepas cubaan dibunuh ketika perhimpunan kempen di Butler Farm Show di Butler,Pennsylvania,Amerika Syarikat/Foto REUTERS
AMERIKA SYARIKAT,14 Julai - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump,78,mengesahkan terkena tembakan pada bahagian telinga kanannya.
"Saya ditembak dengan peluru yang menembusi bahagian atas telinga kanan saya. Banyak pendarahan berlaku," kata Trump di platform Truth Social.
Tembakan dilepaskan ketika kempen Trump pada Sabtu,sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai dan penyokong yang hadir.
Selepas tembakan,Trump dilihat memegang telinga kanan,kemudian menurunkan tangannya ke bawah,sebelum melutut untuk berlindung di belakang podium.
Keadaan itu memaksa ejen Perkhidmatan Rahsia mengerumuni dan melindunginya,sebelum beliau bangun kira-kira seminit kemudian,tanpa memakai topi merahnya tertera tulisan 'Make America Great Again'.
Trump turut mengucapkan terima kasih kepada Perkhidmatan Rahsia dan penguatkuasaan undang-undang atas tindak balas pantas mereka dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera.
"Sungguh luar biasa perbuatan seperti itu boleh berlaku di negara kita. Setakat ini,tiada yang diketahui mengenai penembak,yang kini sudah mati," katanya.
Ejen Perkhidmatan Rahsia berkata penembak melepaskan beberapa tembakan dari 'kedudukan tinggi' di luar perhimpunan sebelum dibunuh oleh ejen.
Insiden kini disiasat sebagai cubaan membunuh,kata sumber kepada Reuters.
Turut terbunuh seorang peserta perhimpunan,manakala dua lagi cedera.
Pasukan kempen Trump berkata,beliau dalam keadaan baik.
Bloomberg melaporkan Trumph sudah dibenarkan keluar dari hospital. - REUTERS
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur