2024-07-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Peneroka FELDA,Samigin Wahid
SERDANG,14 Julai- Warga peneroka FELDA menyambut baik pengumuman peruntukan subsidi tambahan berjumlah RM100 juta bagi menampung pengoperasian ladang susulan penyasaran subsidi diesel.
Golongan itu menyifatkan inisiatif berkenaan dapat memberi manfaat kepada warga peneroka sekali gus memastikan pendapatan mereka tidak terjejas.
"Itu memang baguslah. Kalau minyak naik harga,kami memang akan terkesanlah dan kebanyakan kami di FELDA ini banyak menggunakan pengangkutan itu. Maka,ada pemandu-pemandu ini turut menaikkan harga mereka. Contohnya daripada RM40 kepada RM60. Dengan pengumuman ini,ia sangat membantu sangatlah," kata Samigin Wahid.
"Itu satu inisiatif yang baik untuk semua warga FELDA kerana dengan subsidi itu dapat mengurangkan banyak perkara. Banyak aspek yang kita boleh kurangkan termasuk daripada segi perbelanjaan dan kegunaan kewangan kita," Muhammad Azwan Wahid.
"Warga FELDA sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana banyak bagi sumbangan. Maknanya,dengan subsidi itu dia membantu kami punya pergerakan di kampung selain membantu menjana pendapatan komuniti setempat," kata Masriani Othman.
Sementara itu,peruntukan berjumal RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan FELDA dilihat berupaya merancakkan aktiviti ekonomi peringkat komuniti.
Menerusi peruntukan tersebut,ia akan memberi impak postitif kepada sektor tumpuan seperti pertanian dan makanan.
"Syukur alhamdulillah. Kepada semua belia dan masyarakat FELDA,saya harap dengan bantuan ini dapat menambah baik kehidupan peneroka di sini," kata Khalid Ibnu Yazid Abd Gapar.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peruntukan yang diberikan. Sangat memberi manfaat kepada kami warga FELDA dan khususnya semua lapisan masyarakat," luah Afif Iqbal Hairunisak.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur