2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

WISMA PUTRA
KUALA LUMPUR,21 Julai-Pelajar Malaysia yang terkesan susulan insiden protes di Bangladesh kini dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka demi keselamatan mereka.
Kementerian Luar berkata,pihak Suruhanjaya Tinggi di negara itu turut mempertimbangkan semua opsyen yang ada termasuk evakuasi jika perlu berdasarkan penilaian terhadap situasi semasa.
"Kementerian memahami kebimbangan rakyat Malaysia terhadap keselamatan ahli-ahli keluarga mereka di Bangladesh.
"Kementerian sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi serta agensi lain yang berkaitan dalam usaha membantu pelajar Malaysia di Bangladesh," menurut kenyataan hari ini.
Pada masa sama,Wisma Putra memohon semua pelajar Malaysia agar berhubung dan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Katanya,Bilik Operasi telah dibuka di kementerian dan boleh dihubungi di nombor telefon +603-8887 4570 atau emelAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
"Rakyat Malaysia juga digesa agar berhati-hati terhadap individu yang menjanjikan bantuan untuk rakyat Malaysia di Bangladesh. Lakukan semakan dengan menghubungi Bilik Operasi," menurut kenyataan.
Sehubungan itu,Kementerian Luar Negeri menggesa semua rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh untuk mengelakkan kawasan protes,kekal berwaspada,dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan selaras perintah berkurung yang berkuat kuasa di negara berkenaan.
"Kementerian ini memantau rapat situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa," menurut kenyataan.
Terdahulu,Wisma Putra mengesahkan kesemua 95 pelajar Malaysia di Dhaka,Bangladesh kini berada dalam keadaan selamat susulan insiden protes rakyat di negara itu terhadap sistem kuota dalam pekerjaan di sektor kerajaan.
BERITA BERKAITAN
Bangladesh laksana perintah berkurung,kerah tentera kawal protes
13 maut di Bangladesh,bantah kuota pekerjaan
Wisma Putra keluar nasihat kepada rakyat Malaysia di Bangladesh
100 cedera protes pelajar berhubung kuota pekerjaan di Bangladesh
Wisma Putra komited kesan keberadaan rakyat Malaysia di luar negara
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur