2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
Kuala Lumpur,21 Julai - Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak memuat naik sebarang kandungan ucapan takziah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17,semalam seperti yang ditularkan.
RTM dalam satu kenyataan menegaskan maklumat yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM adalah terjemahan secara automatik daripada sistem Facebook.
"Jika pengguna mengaktifkan terjemahan secara automatik,maka terjemahan bahasa Inggeris akan muncul.
"Terjemahan bahasa Inggeris oleh sistem Facebook adalah salah," kata RTM menerusi kenyataan itu.
Sehubungan itu,satu laporan polis dibuat dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi META berkaitan terjemahan yang salah daripada sistemnya itu.
META turut mengesahkan bahawa pihaknya telah membetulkan masalah tersebut.
Sementara itu Menteri KomunikasiFahmi Fadzildalam Facebook rasmi beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang menuduh RTM membuat hantaran jelik dalam bahasa Inggeris.
“Ada orang tuduh RTM buat FB post jelik dalam Bahasa Inggeris. Padahal posting asal dalam BM. Kemudian disebar fitnah,sampai ada yang minta saya “h*ng himself” (bunuh diri sendiri).
“Jangat buat begini. Berlaku adillah kepada RTM. Jangan Fitnah,” katanya dalam catatannya itu.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur