2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Persembahan daripada orang asli dalam Majlis Perasmian FesKEP 2024 di Dataran Temerloh
TEMERLOH,21 Julai- Festival Kesenian Peribumi Malaysia Pahang (FesKEP) bakal menjadi produk tarikan terbaharu di negeri itu menerusi penganjuran festival bertaraf antarabangsa pada tahun depan.
Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) Rosnan Nordin berkata,penganjuran festival seakan Rain Forest di Sarawak itu dapat memberikan pulangan pelaburan buat kerajaan negeri.
Festival berkenaan dilihat membuka peluang kepada peniaga seperti pengusaha inap desa di Temerloh yang mendapat tempahan menggalakkan sepanjang penganjuran festival itu bermula Jumaat hingga Ahad.
"Festival Kesenian Orang Asal Angtarabangasa ini seakan Rain Forest sekurang-kurangnya kita ada satu tapak di Pahang yang boleh memberi Pulangan Atas Pelaburan (ROI) kepada kerajaan negeri seperti di Sarawak.
"...keunikan kita ialah dari segi nilai seni dan budaya sebab itu kita lihat kita bawak kraf dia sekali dan tenunan dan kita buat perkampungan sekali dengan rumah," kata Rosnan selepas Majlis Perasmian FesKEP 2024 di Dataran Temerloh di sini.
Menurut Rosnan festival peringkat antarabangsa tersebut merupakan sambutan dan penghargaan masyarakat terhadap seni budaya.
Selain itu Malaysia dijadualkan akan menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan JKKN akan bekerjasamadengan negara-negara ASEAN.
Majlis itu turut dihadiri Exco Perpaduan,Pelancongan dan Kebudayaan negeri,Leong Yu Man.
Dalam pada itu,Yu Man memberitahu,kerajaan negeri mengalu-alukan penganjuran festival dan memberikan sokongan penuh terhadap program tersebut.
Kepelbagaian budaya masyarakat orang asli juga telah menjadi tarikan pelancongan di negeri itu dengan pelbagai pakej pelancongan membabitkan komuniti itu telah diperkenalkan.
Festival yang mengetengahkan keunikan pelbagai etnik dan budaya masyarakat peribumi di negara ini turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti lain seperti pameran,aktiviti jualan,pertandingan ratu cantik cilik orang asli dan sewang.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur