2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Fahmi Fadzil
CYBERJAYA,21 Julai- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi 'Price Catcher' bagi membantu Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
Menerusi aplikasi tersebut,pengguna boleh membuat perbandingan harga dengan mudah dan sekiranyamengesan kenaikan mendadak ke atas harga barangan tertentu,Komuniti MADANI boleh memaklumkan kepada pegawai penerangan daerah yang bertugas di komuniti masing-masing.
"Maklumkan di tempat masing-masing apa produk yang ada,apa kesukaran,supaya kita boleh bekerjasama dengan KPDN untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.
"Inilah antara fungsi dan tugas kita sebagai komuniti MADANI," katanya dalam pertemuan dengan kira-kira 2,000 ahli Komuniti MADANI dalam satu sesi bersempena majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024,di sini..
Aplikasi Price Catcher yang dibangunkan oleh KPDN itu memaparkan harga 480 barangan terpilih di pasar basah,pasar raya besar,pasar raya,pasar mini dan kedai runcit yang dipantau.
Terdapat enam kategori barangan yang dipantau iaitu barangan segar,barangan kering,barangan berbungkus,susu dan barangan bayi,produk kebersihan serta minuman.
Dalam pada itu Fahmi turut berharap Komuniti MADANI dapat memainkan peranan lebih serius dalam memantau harga barang,terutama selepas kenaikan gaji penjawat awam pada Disember nanti.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur