2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
CYBERJAYA,21 Julai- Semua platform media sosial harus bertanggungjawab bendung penipuan (scam),buli siber dan penularan berita palsu susulan isu berkenaan dilihat semakin berleluasa tegas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Perkara itu juga bagi menyambut titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat supaya tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib bagi mengelakkan perpecahan dan persengketaan.
Pada masa sama Fahmi turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat palsu yang digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik.
"Kerajaan memandang serius perkara ini dan bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini.
"Jawatankuasa tersebut melibatkan KementerianKomunikasi,Kementerian Dalam Negeri,Kementerian Digital dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang,Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi)," katanya dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di sini.
Selain itu,seramai 2,000 peserta telah menyertai Permukiman Komuniti MADANI yang telah berlangsung pada sesi pagi sebelum majlis pelancaran.
Majlis turut dimeriahkan dengan penganjuran KarnivalKita MADANI X HKHM yang merangkumi aktiviti pameran perkhidmatan dan keusahawanan,kerjaya,pendidikan,kesihatan,persembahan patriotik,seni budaya,hiburan dan aktiviti interaktif kenegaraan.
Karnival tersebut diterajui oleh Kementerian Komunikasi melalui JAPEN,dengan kerjasama strategik daripada pelbagai agensi kerajaan,syarikat swasta,syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan bukan kerajaan (NGO).
Dalam pada itu,berkenaan satu hantaran RTM yang dimuatnaik menerusi Facebook iaadalah terjemahan secara automatik daripada sistem Facebook.
Fahmi dalam ucapannya turut kesal berikutan stesen televisyen milik kerajaan RTM menjadi mangsa perkongsian berita palsu menerusi platform media sosial.
"Sebelum saya marah Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman,saya semak dahulu. Perkataan berkenaan diterjemah secara automatik oleh google di Facebook pengguna... ianya salah Meta," kata Fahmi.
Bagaimanapun Komuniti MADANI memainkan peranan besar dalam membantu seluruh jentera kerajaan menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur