2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong
BESUT,21 Julai - Penularan demam malaria melalui kes import di Terengganu agak membimbangkan apabila 24 kes direkodkan daripada keseluruhan 25 kes sejak awal tahun ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata baki satu kes adalah jangkitan malaria daripada haiwan (zoonotik).
“Walaupun kes import iaitu jangkitan yang dibawa oleh warga asing ini menunjukkan penurunan berbanding 30 kes pada tahun lepas ia tetap merisaukan.
“Sebanyak 24 kes malaria import yang disebarkan oleh nyamuk tiruk ini membabitkan etnik Rohingya dan mereka yang datang dari Bangladesh,Pakistan,India serta Papua New Guinea,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Hadhari di sini.
Beliau berkata peningkatan ketara kes berlaku apabila pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 20 kes malaria dalam kalangan warga asing yang masuk untuk bekerja di tapak pembinaan lebuh raya di Kampung Machang,Hulu Terengganu.
Dr Kasemani berkata ekoran peningkatan kes itu KKM telah membuat saringan di kampung berkenaan dan dua kampung sekitar iaitu di Kampung Kua dan Pengkalan Ajal.
“KKM telah melakukan langkah kawalan di kawasan terlibat antaranya meminta majikan menyediakan penempatan pekerja yang lebih baik untuk memudahkan kerja kawalan penyakit seperti melakukan semburan dinding selain pihak majikan perlu menyediakan kelambu berubat,” katanya.
Beliau berkata individu yang sering melakukan aktiviti memasuki kawasan hutan yang berisiko pula perlu memakai pakaian lengkap yang menutup tubuh,tidur di dalam kelambu berubat dan menggunakan semburan racun serangga nyamuk.
Dr Kasemani juga menasihatkan orang ramai agar mendapatkan rawatan awal sekiranya mengalami gejala malaria seperti demam,sejuk menggigil dan berpeluh serta lemah badan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur