2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim
CYBERJAYA,21 Julai- Semua pihak,termasuk sektor awam dan swasta disaran mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing sepanjang tempoh sambutan Bulan Kebangsaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,ia sebagai tanda taat setia,pengorbanan dan mendukung semangat kemerdekaan yang diperoleh tanah air sejak 67 tahun lalu.
"Bermula hari ini Komuniti MADANI,setiap jabatan,setiap rakyat,setiap kedai,warung,kaya miskin,kota dan desa,kita hendak memastikan tunjukkan bahawa kamu bersama jiwa merdeka,hebatkan Malaysia.
"Saya percaya kita bagi mesej yang jelas,apa yang sukarnya,orang dahulu korban segalanya,ibu di kampung keluarkan rantai dan perhiasan mereka jadi tabung untuk perjuangan," ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di sini.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil,barisan menteri Kabinet dan Komuniti MADANI.
Pada masa sama,beliau berharap agar pihak swasta dapat bersama-sama dengan kerajaan menjayakan misi mengibar Jalur Gemilang sempena HKHM 2024.
“Kerja mereka meniaga,catat keuntungan. Saya nak beritahu kalau negara tidak aman,negara tidak untung,kalau tiada pengorbanan polis,tentera,pasukan keselamatan di perbatasan,tidak ada pelaburan baharu.
“Jadi tunjukkanlah dukungan kamu termasuk swasta untuk bersama rakyat dan negara,kibarkan Jalur Gemilang... saya harap mesej ini jelas,” kata Anwar.
Bagi tujuan itu,Anwar berkata rakyat perlu sentiasa memupuk perpaduan dan mengekalkan kekuatan yang menjadi tonggak utama kesejahteraan di Malaysia.
“Sebab itu ditekankan dalam tema Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka,kalau jiwa dan semangat tidak digilap,ia akan pudar dan yang menjamin hebat jati diri Malaysia adalah jiwa kita,” katanya.
Dalam pada itu beliau menegaskan supaya tidak ada unsur salah guna kuasa dalam kalangan mereka yang telah diberikan amanah.
“Sampai sekarang ada,yang diberikan amanah untuk jaga jabatan,jaga kementerian,jaga negara,gunakan untuk memperkayakan diri merekaatau keluarga mereka atau kroni mereka. Apa bezanya dengan penjajah? Mana akhlak Islam,mana kecintaan,kebangsaan negara?,” katanya.
Olehitu,Anwar berkata kerajaan sentiasa menggiatkan usaha menerusi pelbagai program perpaduan serta mengingatkan rakyatyang negara tidak mungkin mencapai kemerdekaan tanpa kekuatan dan perpaduan semua pihak.
Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos depan akan diadakan di Putrajaya,manakala sambutan Hari Malaysia akan berlangsung di Sabah.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur