2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim
CYBERJAYA,21 Julai- Mesyuarat Jemaah Menteri akan membuat keputusan untuk langkah dan tindakan negara dalam mengecam Israel pada Rabu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia selari dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berikutan mahkamah itu memutuskan bahawa aktiviti penempatan Israel di Wilayah Palestin melanggar undang-undang antarabangsa.
"Malaysia tentunya mendukung keputusan itu dan keputusan itu kerana keputusan berkenaan berdasarkan fakta yang jelas tentang keganasan dan kekejaman Israel yang berterusan.
"Oleh itu kita akan meneliti cadangan-cadangan dan kesan daripada tindakan keputusan itu kita akan buat keputusan muktamad tentang langkah yang akan kita lakukan untuk bersama-sama dengan keputusan ICC mengecam dan bertindak ke atas Israel," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024,di sini.
Pada 19 Julai,Presiden ICJ Nawaf Salam berkata mahkamah itu mengesahkan bidang kuasanya untuk mengeluarkan pendapat mengenai akibat undang-undang pendudukan Israel di Palestin,dengan menyatakan bahawa ia mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai perkara itu.
Dasar penempatan Israel tidak mematuhi kewajipannya bawah undang-undang antarabangsa,kata Salam kepada mahkamah dan menurutnya aktiviti penempatan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa terus berkembang.
"Pendudukan Israel di Wilayah Palestin ialah pengilhakan de facto,yang melanggar hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri," kata Salam seperti yang dilaporkan media antarabangsa.
ICJ di The Hague,Belanda mengadakan pendengaran dari 19 hingga 26 Februari mengenai kesan perundangan terhadap pendudukan Israel di Wilayah Palestin,termasuk Baitulmuqaddis Timur.
Semasa mesyuarat itu,lebih daripada 50 negara dan tiga organisasi antarabangsa (Liga Negara-Negara Arab,Pertubuhan Kerjasama Islam dan Kesatuan Afrika) membincangkan isu itu.
Dalam pada itu delegasi Palestin menggesa mahkamah untuk mengisytiharkan pendudukan Israel sebagai tidak sah,kerana ia boleh menjadi harapan terakhir untuk penyelesaian dua negara.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur