2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas menghadiri sesi taklimat kejadian bencana dan laporan kewangan Sabah oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah di Sandakan
SANDAKAN,21 Julai- Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM1 juta bagi membina semula jambatan gantung di Penampang dan Tuaran yang rosak akibat banjir,baru baru ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,keputusan itu diambil selepas melihat kepada keperluan mendesak memandangkan laluan itu amat penting kepada masyarakat setempat di kedua-dua daerah terlibat.
Langkah itu merupakan tindakan proaktif susulan bencana banjir yang melanda beberapa daerahsebelum ini.
"Beberapa bantuan yang telah diperbincangkan tadi,petamanya terdapat empat jambatan yang runtuh terutama di Penampang.
"Itu kita akan lakukan pembinaan secepat mungkin," katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi taklimat kejadian bencana dan laporan kewangan Sabah oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah di sini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana berkata,beliau juga telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menempatkan tiga set jambatan keluli bermodular sepanjang 39 meter yang mampu menampung beban seberat 50 tan pada satu-satu masa.
Kemudahan itu adalah langkah persediaan sekiranya wujud keperluan segera bagi menggantikan jambatan runtuh.
Dalam perkembangan berkaitan,kerajaan persekutuan turut memperuntukkan RM10 juta bagi menangani kesan cuaca kemarau di seluruh negara.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur