2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,21 Julai- Polis menahan reman seorang suspek warga asing selama empat hari bermula 20 Julai hingga 23 Julai kerana mencuri dompet milik orang awam yang berada di terminal Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) 1.
Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner (ACP) Azman Shari’at dalam satu kenyataan berkata,pihaknya menerima laporan polis daripada pengadu pada 19 Julai.
Dalam kejadian pukul 9.45 malam itu,suspek bertindak melarikan diri apabila dikejar oleh orang awam.
"Berhubung dengan kejadian ini,satu kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1957.
"Siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang warga asing yang telah datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial yang telah melebihi tempoh yang dibenarkan," katanya.
Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan penglibatan suspek dalam jenayah seluk saku dan jenayah-jenayah lain.
"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah,Inspektor Muhammad Fadzil Zulkifli di talian 011-27132165," tambah kenyataan itu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur