2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto JBPM
KOTA TINGGI,21 Julai - Mayat salah seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan lemas di Pantai Batu Layar,di sini pagi tadi telah ditemukan kira-kira pukul 3.19 petang tadi.
Mangsa,Muhammad Syahmie Zamzam,26 tahun ditemukan pada jarak 100 meter dari persisir pantai.
Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Punggai Pegawai Bomba Mohammad Saifulizam Mohd Rofi berkata,usaha mencari seorang lagi mangsa Haqim Abdul Rahim Lee,20 tahun masih dijalankan.
Kedua-dua mangsa dilaporkan lemas semasa mandi pukul 9.38 pagi tadi pada jarak lima kilometer daripada persisiran pantai.
Sementara itu,Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam memaklumkan kawasan pencarian Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) merangkumi tujuh batu nautika persegi dan akan diperluas mengikut keperluan.
Pencarian itu juga dilakukan di darat sepanjang Pantai Batu Layar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur