2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,19 Julai- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Khamis berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM41.04 bilion daripada RM41.49 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM23.14 bilion daripada RM23.26 bilion.
Awal hari ini,BNM menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM41.0 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM23.1 bilion,kedua-duanya bagi wang tiga hari.
Setakat 18 Julai,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur