2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,19 Julai- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peserta pasaran terus mengambil keuntungan sementara menunggu perkembangan selanjutnya kadar faedah AS.
Pada 6 petang,ringgit susut kepada 4.6840/6875 daripada paras penutup 4.6680/4710 pada Khamis,turun 160 mata asas selepas meningkat sebanyak satu peratus berbanding dolar AS sejak awal bulan ini.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024,meningkat daripada 4.2 peratus pada suku sebelumnya yang menunjukkan negara berada di landasan untuk mencapai pertumbuhan empat hingga lima peratus tahun ini.
“Malaysia mungkin dapat melepasi sasaran itu sekiranya separuh kedua tahun ini terus mencatatkan prestasi lebih baik daripada tempoh enam bulan pertama.
“Kami melihat ini sebagai petanda dasar monetari Malaysia akan terus dikekalkan walaupun negara lain di pasaran maju dijangka melakukan perubahan kerana sebahagian daripada mereka sudahpun menetapkan pelonggaran monetari.
“Perbezaan kadar faedah yang besar antara Kadar Dasar Semalaman dan kadar faedah penanda aras negara maju akan mengecil. Ini seterusnya akan meningkatkan daya tarikan ringgit. Justeru itu,ringgit sepatutnya meningkat menjelang akhir tahun ini,” katanya kepada Bernama.
Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata Indeks Dolar AS (DXY) didagangkan melepasi paras 104.25 hari ini,manakala mata wang serantau jatuh di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap risiko geopolitik dan kemungkinan perubahan dasar di Amerika Syarikat.
"Selain itu,meskipun tuntutan pengangguran Amerika Syarikat meningkat kepada 243,000,data pembuatan yang kukuh telah menyokong Indeks Dolar," katanya.
Sementara itu,unit tempatan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit melantun semula berbanding yen Jepun kepada 2.9760/9786 daripada paras penutup 2.9827/9849 pada Khamis,naik berbanding pound Britain kepada 6.0452/0497 daripada 6.0628/0667 dan menokok berbanding euro kepada 5.0957/0995 daripada 5.1021/1054 sebelumnya.
Ringgit juga susut berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain kecuali baht Thailand.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4833/4862 daripada paras penutup 3.4807/4832 pada Khamis,susut berbanding rupiah Indonesia kepada 289.2/289.6 daripada 288.9/289.2 namun meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9075/9221 daripada 12.9750/9887.
Bagaimanapun,ringgit turun berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.04 daripada 8.01/8.02 pada Khamis.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur