2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,20 Julai- Harga pasaran getah tempatan dijangka pulih minggu depan berikutan keadaan cuaca buruk di negara pengeluar getah,kata pakar industri.
Merujuk Jabatan Meteorologi Thailand,Denis Low berkata agensi itu meramalkan Thailand akan mengalami hujan lebat dan memberi amaran mengenai banjir kilat.
“Penoreh getah akan lebih berhati-hati dan dijangka mengurangkan aktiviti menoreh dan pemprosesan getah lain.
“Pengeluaran getah yang rendah akan meningkatkan aktiviti menyimpan dan menambah stok oleh pengguna,” katanya kepada Bernama.
Low berkata situasi geopolitik semasa dan krisis Laut Merah menyebabkan masalah rantaian bekalan dan menjejaskan harga komoditi,membawa kepada kekurangan sumber utama seperti minyak dan gas yang menjejaskan pengeluaran perindustrian di seluruh dunia.
Katanya kadar pertukaran yang tidak menentu akan memberi impak yang ketara kepada harga getah dan mewujudkan dilema berikutan kadar pertukaran semasa cenderung dipengaruhi oleh geopolitik berbanding ekonomi sebenar.
“Ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi dunia boleh menjadi positif atau ancaman kepada penggunaan getah.
“Oleh itu,pembeli cenderung untuk berhati-hati,” katanya.
Sementara itu,seorang peniaga berkata komoditi itu akan terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau,pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras dengan optimisme terhadap penurunan kadar faedah AS yang lebih awal.
“Peniaga akan memantau petunjuk ekonomi seterusnya daripada negara-negara utama terutamanya dasar ekonomi China yang akan datang selain perkembangan mengenai ketegangan tarif China-Eropah dan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah,” katanya.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk SMR 20 merosot 13 sen kepada 772 sen sekilogram daripada minggu lepas manakala susu getah pukal susut 39 sen kepada 615 sen daripada sebelum ini.
Pada pukul 5.00 petang,harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 778 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 615 sen sekilogram.- BERNAMA
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur