2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,19 Julai- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat yang sebahagiannya disumbangkan oleh pengukuhan ketara dalam eksport,kata peniaga minyak sawit David Ng.
Beliau berkata faktor tersebut menyumbang secara positif kepada sentimen pasaran secara keseluruhannya.
Selain itu,katanya pasaran juga mendapat manfaat daripada kenaikan harga minyak kacang soya berikutan dengan keadaan global pada masa ini.
“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,900 satu tan dan paras rintangan pada RM4,000 satu tan,” kata Ng kepada Bernama.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Ogos 2024 melonjak RM28 kepada RM4,013 satu tan,September 2024 meningkat RM22 kepada RM3,981 satu tan,dan Oktober 2024 naik RM24 kepada RM3,961 satu tan.
Kontrak November 2024 naik RM25 kepada RM3,949 satu tan,Disember 2024 meningkat RM24 kepada RM3,949 satu tan dan Januari 2025 melonjak RM22 kepada RM3,956 satu tan.
Jumlah dagangan bagaimanapun turun kepada 34,462 lot daripada 58,517 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 216,920 kontrak daripada 221,883 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan naik RM10 kepada RM4,050 satu tan. -BERNAMA
Niaga hadapan emas ditutup tinggi
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS
ASB catat 11.1 juta pelabur, 173.8 bilion unit dilanggan
Projek Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah ikut prosedur MOF - Nanta
Dua cedera, enam kenderaan musnah terbakar di Labuan
Op Khas Motorsikal JPJ : 37,708 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur