2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Penganalisis Ekonomi Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi
KUALA LUMPUR,20 Julai - Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diunjurberkembang 5.8 peratus pada Suku Kedua 2024 menunjukkan Malaysia kembali menjadi tarikan kepada pelabur dari seluruh dunia.
Penganalisis Ekonomi Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi berpendapat,ia menjadi bukti segala pelaksanaan yang telah dilakukan menerusi Ekonomi MADANI mula menunjukkan hasil dan memberi kesan limpahan kepada semua industri.
"Kita dapat melihat prestasi Bursa Malaysia baru-baru ini,begitu juga mata wang ringgit juga bertambah baik dan turut seiring dengan mata wang negara-negara Asia Tenggara yang lain.
"Justeru ekonomi domestik juga turut berkembang dengan pasaran eksport turut pulih seiring dengan prestasi ekonomi global dunia," kata Dr Aimi kepada pemberita.
Beliau turut menambah kesemua rakyat Malaysia juga harus bersama-sama bekerja keras bagi memastikan kemakmuran ekonomi terus berkembang pesat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman sosialnya berkata,pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diunjurberkembang 5.8 peratus pada Suku Kedua 2024akan memberi kesempatan kepada negarauntuk bangkit menjadi lebih kuat.
Beliauberkata dalam Ekonomi MADANI kerajaan menjanjikanpeluang pekerjaan,latihan dan pemindahan teknologi yang lebih baik menujuke arah pendigitalan dan peralihantenaga.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur