2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Gobind Singh Deo ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah PC.COM ke-24
SUBANG JAYA,25 Julai- Kerajaan komited dan sedia menjalin kerjasama dengan pemain industri digital dalam usaha memperkasakan sektor tersebut di Malaysia.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata beliau meminta semua ketua industri berkaitan hadir ke kementerian berkenaan dan memberi pandangan untuk menggariskan dasar digital pada masa akan datang.
"Pengalaman yang mereka dapat daripada perjalanan daripada dulu sehingga sekarang sangat penting untuk kita menggariskan garis panduan untuk kita bergerak ke hadapan,saya fikir penting walaupun di mana kita meraikan sumbangan mereka kepada industri dan saya ingin mereka berjaya.
"Tetapi saya memerlukan bantuan mereka untuk datang dan berjumpa dengan saya berbincang bagaimana kita boleh membuat dasar supaya Malaysia boleh bergerak maju dalam perjalanan digital ini dengan input industri dan sudah tentu dengan sokongan daripada kerajaan,"katanya.
Beliau ditemui media selepas Majlis Anugerah PC.COM ke-24 semalam.
Tambah beliau,ini kerana ekosistem yang dibina adalah penting bukan sekadar bagi membolehkan kerajaan mengetahui masalah berkaitan sektor digital sebelum ini tetapi juga untuk melihat cabaran yang bakal didepani.
Beliau turut memberitahu keyakinan beliau bahawa pihaknya mampu mencapai sasaran sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025 sekiranya semua pihak termasuk rakyat memanfaatkan platform yang disediakan oleh kerajaan untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur