2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,25 Julai- Seramai 3.8 juta atau 29.3 peratus daripada jumlah 13.1 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah 55 tahun memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM12.6 bilion.
Manakala RM5.6 bilion pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan setakat 19 Julai lalu.
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,pindahan ke Akaun Persaraan itu berimpak kepada peningkatan simpanan ahli iaitu penambahan seramai 43,000 ahli baharu yang telah mencapai simpanan asas.
"Seramai 3.4 juta ahli atau 26.2% daripada jumlah 13.1 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun telah membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel yang melibatkan jumlah sebanyak RM8.9 bilion.
"Pengeluaran daripada Akaun Fleksibel tidak memberi kesan yang ketara kepada KWSP kerana jangkaan jumlah pengeluaran oleh ahli adalah dalam lingkungan Alokasi tunai dan pasaran wang KWSP",katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Anna Bell @ Suzieana Perian.
Dewan turut diberitahu,di bawah Alokasi Aset Strategik (SAA) semasa,KWSP telah mengalokasikan pelaburan instrumen tunai dan pasaran wang antara 2 hingga 6% daripada jumlah Aset pelaburan KWSP.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur