2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FB Jeli Kito
KOTA BHARU,25 Julai- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Kelantan memaklumkan seekor gajah jantan yang ditangkap di Jeli oleh Unit Tangkapan Gajah telah dipindahkan dan dilepaskan semula ke habitat yang lebih sesuai dan selamat,Selasa lepas.
Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani menerusi satu kenyataan memaklumkan operasi pemindahan dijalankan oleh anggota dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan,Kuala Gandah,Lanchang,Pahang dan dibantu oleh anggota Perhilitan Kelantan.
Beliau berkata mamalia itu ditangkap pada 20 Julai lepas di sekitar Kampung Lalat,Batu Melintang di Jeli selepas aduan diterima daripada penduduk kampung sehari sebelum itu.
“Tangkapan gajah liar ini akan mengurangkan kebimbangan penduduk di kawasan itu di samping dapat mengelak kerugian berterusan akibat kemusnahan tanaman dan harta benda.
“Perhilitan Kelantan ingin memaklumkan bahawa tangkapan dan pemindahan Gajah liar yang menganggu bukanlah penyelesaian jangka panjang kerana kampung itu terletak berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Kekal Gunung Basor,” katanya.
Mohamad Hafid berkata penduduk terutamanya pekebun dinasihatkan memasang lampu LED Biru di laluan yang dikenal pasti sebagai laluan masuk gajah liar ke kebun dan sentiasa membersihkan kebun.
Beliau berkata sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui talian hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur