2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Khairul Firdaus Akhbar Khan
KUALA LUMPUR,25 Julai - Kelantan merekodkan kedatangan lebih setengah juta pelancong setakat Jun lalu,bersempena Tahun Melawat Kelantan 2024.
Hingga Disember depan,disasarkan sebanyak 2 juta pelancong berkunjung ke negeri itu.
Timbalan Menteri Pelancongan,Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata promosi menerusi media sosial terus dipertingkat selain kerjasama dari negara-negara Asia,Eropah dan Timur Tengah.
"Usaha yang dibuat untuk itu khususnya Kelantan di peringkat antarabangsa ialah mempromosi acara-acara pelancongan negeri yang dianjurkan bersempena Tahun Melawat Kelantan 2024.
"Melaksanakan promosi acara pelancongan melalui saluran digital melalui promosi media sosial untuk terus meletakkan visibiliti Malaysia di mata pelancong dan agen pelancongan di pasaran sasaran," Khairul menjawab pertanyaan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh,di Dewan Negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur