2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari
KUALA LUMPUR,25 Julai - Perubahan landskap geopolitik dan geostrategik,kekangan kewangan serta cabaran dalam industri menjadi faktor Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to5 dilakukan.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata,beberapa inisiatif baharu telah diwujudkan dalam pelan tersebut bagi meningkatkan keupayaan tempur.
Ia disamping memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap tertinggi dan menjadikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai angkatan laut yang kredibel.
"Melalui pelan ini juga pihak TLDM telah memperkasakan sistem keselamatan maritim melibatkan sempadan wilayah Sabah. Melalui peruntukan kewangan yang telah diluluskan dalam RMke-11 dan RMke-12,TLDM berjaya memperoleh empat buah kapal Littoral Mission Ship Batch 1,tiga buah Helikopter Operasi Maritim dan 19 bot Fast Interceptor Craft (FIC).
"Kesemua empat kapal Littoral Mission Ship Batch 1 dan Helikopter Operasi Maritim ditempatkan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar,Kota Kinabalu," kata Adly ketika menjawab soalan Senator Datuk Noraini Idris,di Dewan Negara.
Dalam RMke-13 pula,TLDM telah merancang perolehan dua buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS),tiga buah kapal Littoral Mission Ship Batch 3,empat buah helikopter antikapalselam dan enam buah Unmanned Aerial Vehicle (UAV).
Secara keseluruhannya,kesemua perolehan aset strategik TLDM bawah RMke-13 hingga tahun 2030 dianggarkan RM10 bilion hingga RM11 bilion.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur