2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
SUNGAI PETANI,25 Julai-Seorang pemandu lori maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di kilometer 45 Jalan Alor Setar Butterworth berdekatan Sungai Toh Pawang di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan Azharuddin Wan Ismail menerusi kenyataan berkata mangsa,M.Mahavisunu 63 tahun cedera parah di kepala dan perut meninggal dunia di lokasi kejadian.
Katanya hasil siasatan dalam kejadian dilaporkan pukul 9.15 malam tadi itu,motosikal yang ditunggang mangsa didapati hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan .
Sebuah lori dari arah Gurun ke Sungai Petani tidak sempat mengelak motosikal terbabit sebelum melanggar mangsa.
Mayat mangsa dihantar di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah siasat.
Manakala pemandu lori,berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat menurut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur