2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Kerajaan komited untuk mengurangkan hutang negara yang diwarisi,mencecah RM1.5 trilion / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,25 Julai - Kerajaan komited untuk mengurangkan hutang negara yang diwarisi,mencecah RM1.5 trilion.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu dilaksana melalui pengurangan pinjaman bersih tahunan daripada RM100 bilion pada 2021 dan 2022 kepada RM93 bilion pada 2023 dan menyasarkan RM86 bilionpada tahun ini.
Beliau berkata,kerajaan tidak boleh membatalkan semua hutang sekali gus kerana akan menjejaskan projek-projek bantuan kepada rakyat meliputi sekolah baharu dan universiti.
"Kita tanggung hutang itu tinggi,sekarang ini 64 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),ini jumlah yang memang melebihi daripada apa yang kita rasakan membantu untuk menambat keyakinan pelabur asing atau domestik. Sasaran kita ialah untuk secara berperingkat menurun kepada sekurang-kurangnya 60 peratus," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Tambah Anwar,defisit fiskal negara juga diturunkan secara berperingkat agar tidak menjejaskan projek-projek yang sedia dijalankan seperti projek membantu rakyat dan pembangunan.
Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa akan sentiasa mengeluarkan data-data ini bersama dengan Jabatan Statistik Negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur