2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Digital,Gobind Singh Deo
ISKANDAR PUTERI,25 Julai - Semua pihak perlu memastikan kesahihan dan kelayakan syarikat penyedia teknologi maklumat (IT) sebelum menggunakan perkhidmatan mereka sekali gus menjamin keselamatan data.
Menteri Digital,Gobind Singh Deo berkata saranan tersebut dibuat susulan terdapat aktviti penyalahgunaan maklumat dikesan daripada domain yang didirikan beberapa syarikat penyedia IT.
"Ada pihak yang menghulurkan bantuan menyatakan mereka boleh selesaikan dan sebagainya. Kita kena pastikan bahawa pihak tersebut adalah pihak yang sahih,yang memang pakar di dalam bidang-bidang yang mereka sebut itu. Kalau tidak kita akan buka ruang untuk kadar dimana data kita diberikan dan data itu disalahgunakan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas perasmian Majlis Pecah Tanah Pusat Data Kampus TM dan Nxera di Educity,di sini.
Sebelum ini,lima agensi kerajaan dan sembilan syarikat swasta dilaporkan terjejas akibat gangguan IT pada 19 Julai lalu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur