2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Tengku Datuk Seri Zafrul ketika menghadiri Majlis Anugerah Pembuatan Pintar Malaysia 2023
Kuala Lumpur,25 Julai- Kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan ekonomi serta petunjuk pertumbuhan positif ketika ini,mendorong pembelian asing ekuiti Malaysia.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,TengkuDatuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,tindakan sedemikian turut memaparkan keyakinan berterusan pelabur terhadap negara ini.
"Salah satu sebab pasaran saham naik,ia menunjukkan keyakinan pelabur kita dalam jangka masa panjang ini ataupun jangka masa sederhana juga,dan menunjukkan bahawa polisi-polisi dasaryang telah kita lakukan setakat ini adalah tepat.
"Pada masa sama menunjukkan bahawa limpahan ekonomi itu kalau dilaksanakan dengan betul akan dapat dinikmati oleh syarikat-syarikat kita juga dan akhirnya rakyat turut akan dapat menikmati limpahan ekonomi ini,"katanya.
Beliau mengulas rencana kewanganBloomberg mengenai prestasi pasaran saham Malaysia yang kembali menarik kehadiran pelabur global.
Ia didorong pelaksanaan dasar kerajaan terutamanya dalam melonjakkan pelaburan berkaitan industri semikonduktor dan pusat data kecerdasan buatan (AI).
Tengku Datuk Seri Zafrul bercakap selepas Majlis Anugerah Pembuatan Pintar Malaysia 2023.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur