2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

engku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan merasmikan Festival Keris dan Warisan Kelantan serta perisytiharan Keris Tok Chu sebagai keris warisan Kelantan di Istana Balai Besar/Foto BERNAMA
KOTA BHARU,26 Julai - Tengku Mahkota Kelantan,Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan berangkat mencemar duli merasmikan Festival Keris dan Warisan Kelantan yang diadakan di Istana Balai Besar,Kota Bharu.
Pada istiadat itu juga Keris Tok Chu yang dianggarkan berusia lebih 200 tahun dan sampir Kuseriwa turut dimasyhurkan sebagai warisan asli Kelantan
Festival Keris dan Warisan Kelantan berlangsung sejak 13 Julai lepas dan akan berakhir Rabu depan.
Sebanyak 300 keris dipamerkan antaranya keris kusriwa,keris tajong,keris pandai saras,keris malela,keris Bugis,keris beko dan keris Pattani.
Turut di pamerkan tiga keris koleksi peribadi Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra iaitu keris sepokal berwifik,keris tajong bertatah emas dan keris panjang.
Penganjuran pameran merupakan inisiatif terbaik dalam usaha memperkenalkan keunikan seni warisan turun-temurun negeri Kelantan yang masih dipelihara terutamanya oleh Institusi Kesultanan Kelantan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur